Cara Memasak Resepi Ikan Siakap Stim | Try Masak | iCookAsia



Resepi ikan siakap yang cukup menyelerakan. Kaedah stim ini sangat bagus untuk kita kerana ia menyihatkan. Penggunaan minyak yang tidak banyak dan aroma bahan-bahan lebih menyerlah dengan kaedah ini. Sajian ini sangat sesuai untuk dimakan sebagai menu makan tengah hari atau malam.

Dapatkan resipi penuh Ikan Siakap Stim di:

Bahan-bahan yang diperlukan:

1 ekor siakap, dibuang sisik dan di basuh dengan air asam.
1 biji halia sebesar ibu jari, dihiris nipis
1 biji bawang besar, dihiris nipis
1 sudu perahan limau nipis
Garam secukupnya

Bahan untuk kuahnya:

1 batang serai, di ketuk
1 biji bawang, di hiris nipis
1 biji halia sebesar ibu jari, dihiris nipis
3 bji cili padi, di ketuk
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
garam dan gula secukupnya
1 biji limau nipis, dipotong bulat nipis
1 ½ cawan air
½ cawan air tepung jagung
2 tangkai daun sup, untuk hiasan
2 biji cili merah, untuk hiasan
Sedikit minyak untuk menumis

Cara membuat

1. Mula-mula letakkan ikan di atas aluminium foil dan gaul bersama sedikit garam. Kemudian taburkan bawang besar, halia serta perahan limau nipis dan kukus di dalam periuk pengukus sehingga masak.

2. Untuk menyediakan kuahnya, panaskan sedikit minyak di dalam kuali, masukkan serai, bawang besar, halia, cili, sos tiram dan sos ikan.

3. Tumis semua bahan sehingga naik bau.

4. Kemudian masukkan limau nipis, air, garam, gula dan air tepung jagung. Biarkan mendidih sebentar sambil dikacau sehingga pekat. Tuangkan ke atas ikan yang telah dikukus dan hiaskan bersama daun sup serta cili merah.

5. Ikan siakap stim sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!

Kunjungi website iCook Asia di untuk resipi-resipi enak kami yang lain.

Follow kami di:

Facebook:
Instagram:
Google+:
Twitter:
#ikan #siakap #stim

source

author
Author: 

    Leave a reply "Cara Memasak Resepi Ikan Siakap Stim | Try Masak | iCookAsia"